![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzMXqD1If9qbtj5fifGqkJwHccxFDeeE4wV-6N0ZnCUtRk3yLRIozm-KLXmFCGBtdRw0lfOYwkK1H1h7ZhGqUMLdJCpY90Jnb54Mq39jhYLAsz25ID2VqIUmkIYYKP7I_d7qnekm0QA3Q/s200/smas.jpg) |
SMAS DULU |
SMK Agama Sandakan (SMAS) merupakan sebuah
sekolah Aliran agama yang diwujudkan di kawasan Sandakan. Ia secara rasminya dilancarkan
pada 28 November 1989 dengan pengetua pertamanya iaitu Ustaz Hasbullah Awang
Naib. Dengan itu SMAS adalah antara 8 buah SMKA yang telah ditubuhkan di negeri
Sabah. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 105 orang pelajar dan
pemilihan ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Sabah sendiri. Pendaftaran pelajar
bermula pada 28 Disember 1989 dan 3 kelas untuk tingkatan 1 diwujudkan. Sebagai
permulaan SMAS beroperasi di bangunan kilat SMK Elopura sementara bangunan baru
dibangunkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZhhXWMgJX8l9oHJeFJ81j9fnx-ArtLXr06_lE2ejdKbMAwbR3dSkefUlimBnxj3O1wSM9wh4WOAq5Tec2d-t67vU60XSvj3Z3HdtrDdPt2ydx6OlWW0rxUK_ty0sOvS6mrmOejty5Ni4/s200/smas2.jpg) |
PINTU MASUK SMAS |
Atas keperihatinan pihak Kementerian Pendidikan, akhirnya sekolah ini
mendapat tapak dan bangunan kekal bernilai RM25 juta di Taman Mawar, Sandakan.
SMAS telah berpindah ke bangunan baru pada 19 April 2002. Manakala tapak SMAS
yang lama telah diserahkan kembali kepada pemilik yang asal iaitu SMK Elopura
Batu 11. SMAS merupakan sebuah sekolah yang terbesar di negeri Sabah. Pada
tahun 2010 bilangan pelajarnya sudah mencecah 512 orang.
Pelajar menengah rendah sekolah ini
diwajibkan mengambil 9 mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
bahasa Arab, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, kemahiran Hidup dan
Matematik. Disamping itu mereka mempelajari 3 mata pelajaran tambahan iaitu
ICTL, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAjJveHDu6cRHFct1Xen2Nzku-g5QyHkjKoQuh_E1sIrsD6SqI0SQIO_rwAEmR_VqEmMq572jJD94XxYqA2Le52Km0fkMdeQm_-8is4WjhT80HbYNzGeILOI-1V488DYzr8zNXIJbLpgE/s200/smas4.jpg) |
SMAS KINI |
Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 diberi pilihan sama ada
untuk memilih aliran sains atau agama. Bagi pelajar aliran Sains mereka
diwajibkan mengambil mata pelajaran Fizik, Kimia, Biolagi dan Matematik
Tambahan disamping mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab Tinggi, Matematik , Pend. Al-Quran dan As-Sunnah dan Pend. Syariah
Islamiah.
Pelajar-pelajar yang memilih aliran
agama pula diwajibkan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakauanan atau Ekonomi
Asas. Mata pelajaran teras yang diambil sama seperti pealajar-pelajar aliran
Sains.
No comments:
Post a Comment